Sunday, March 8, 2009

Melayu Di Malaysia...Adakah sama dengan umat Islam di Iraq yang hidup berpuak-puak?

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Tujuan saya bukan nak dedah kelemahan Islam tapi saya betul-betul kecewa dengan apa yang terjadi sekarang....

Kita tak perlu melihat Iraq kerana di MALAYSIA pun sama....Melayu khususnya yang al-din Islam pun berpecah belah. Sekarang Melayu kita dah menjadi 3 kerat dan bukan lagi satu rumpun yang bersatu-padu. Pepatah mengatakan "Bersatu Teguh Becerai Roboh" seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Tak cukup dengan itu sekarang, masjid , sekolah-sekolah agama(kerajaan&persendirian) pun telah dicemari dengan ideologi politik. Golongan yang di anggap pendidik putra-putri negara ini sepatutnya mengajar golongan muda untuk bersatu-padu bukan nya meracuni pemikiran putra-putri.

Saya tidak memihak mana-mana parti politik tapi sekadar untuk menyuarakan isi hati sahaja. Saya juga berharap teman-teman seperjuangan saya agar kita dapat bersatu-padu menjadi rumpun Melayu yang berpegang teguh pada ajaran Islam tanpa mengira ideologi politik...

No comments:

Post a Comment